Wednesday 17 August 2011

Kasut! Kasut! Kasut!

Banyak kasut limited edition sedang berpusing diatas kepalaku. Kebelakangan ni aku asyik tengok web kasut je... Semenjak aku dapat voucher 70% dan 40% kad ahli New Balance ni, perasaan membuak-muak bila aku tgk kasut ni..biase la, dh jd murah kan? So... Ape lg.. Aku beli la tanpa mengira waktu dan masa..eh? Bukan sama ke? Hahaha... Dari harga Rm499 jatuh ke Rm149.. Ape citer? Mau aku x sambar.. Nike, Adidas, Puma, Reebok dan New Balance.. Kamu standby... Astaga..tamak betoi! Hmmm..sabor2 je lah akmal yer..ko jgn nk merugikan diri.. Kang bankrap nt.. Hoho...
Ni la kasut terbaru aku.. New Balance x Hal (Day N Night) series Limited Edition..
Mati la mcm ni hari2....:{


Terima Kasih Kepada Cik Kak Anabella Momoque!

Haa..!! Ni la cik kak yg tlg sikit sebanyak ttg cara nk layan Blogger ni.. So.. Terima kasih kerana sudi nk tlg saya untuk mentela'ah Blogger ni.. Tanpa anda, siapalah blog ni.. Haha!!
Trimas sis!! :)

Perjalanan hidup di KL sendirian.

Jln-jln di Kuala Lumpur ni mmg best walaupun sorang2.

Pemandangan dari dalam KLCC

Bukit Bintang

Bintang Walk

Pemandangan KL TOWER

Korang kenal dengan Pak Hassan tak?


Pak Hassan ni sebenarnya bapa aku. Nama betul beliau adalah Masduki Bin Hamdi. Tapi dari kecik org asyik panggil die Hassan, maka sampai skrg la org panggil dia Hassan. Beliau dilahirkan pada tarikh 14/04/1946 di tempat kelahirannya di Pulau Pinang. Bapa aku ni masa kecik2 dia ni pendiam orgnya dan muka dia plak x mcm dalam gambar kat sebelah ni. Muka dia sebijik macam cina. Bapa aku ada 11 adik beradik dan sekarang tinggal dia,pakcik aku,makcik aku,pakcik aku,makcik aku,pakcik aku dan pakcik aku. Korang kira lah ade brapa banyak anak buah bapak aku ada dan berapa ramai sepupu yg aku ada x termasuk adik beradik yg dah meninggal dunia lg.. Banyak tol, aku pun xlarat nk kira. Hoho...

Aku ni anak pertama yg diberi nama Akmal. Masa aku kecik sampai ke beso ni. Dia mestila sayang aku. Aku pon sayang dia. Ke mana aje die mesti dgn aku, aku plak xlepas nk dukung ja. Masa aku kecik, dialah org yg paling syg kat aku, maklumlah time tu anak baru sorg. Mainan aku berlambak kat dalam bakul, sampai dua bakul besor die beli. Tapi ada gak org lain bg aku hadiah. Tapi aku ni suka menjahanamkan barang, biaselah kira time tu nk jadi POMEN kat NASA.. Ala, tempat yg roket nk ke bulan tu. Kiranya aku ni pomen repair roket la.. Habis jahanam harta aku sendiri. Mainan yg paling aku sayang iaitu Kapal Terbang warna hitam. Tapi apakan daya, dah hilang.. Tu pun aku punya kerja. Haha..

Ke mana saja dia bawak aku dan semestinyalah dgn mak aku skali. Dia adalah seorg yg periang, suka budak-budak, suka cakap banyak dan paling penting dia adalah org yg taat pada perintah Allah s.w.t. Sembahyang x pernah tinggal. Dia paling pantang kalau aku tinggal sembahyang. Naik angin satu badan. Dia sangat strict ttg bab ugama dan bila dia ajar aku mengaji Al-Quran, mesti aku menangis pny lah. Sbb garang sgt. Haha.. Xpa, janji anak dia pandai mengaji.

Bapak aku ni jugak suka sangat bercerita tentang pengalaman dia semasa dia kecik sampai umo sebelum kahwin dgn mak aku.. Dulu keluarga atok "Hamdi" aku ni keluarga yg sgt bertanggungjawab keatas adik beradik dan peramah. Tapi arwah atok aku ni lg garang. Arwah kalau melawak mmg kasar sgt. Penumbok, terajang, balik kapak dan lain2.. Tu semua cara arwah melawak. Korang gerun x?.. Selamat cucu dia ni xpenah alami macam tu.. Hoho..
Bapak aku ni dulu seorang askar wataniah, lalu dia cerita la pengalaman dia sewaktu dia jadi askar dulu. Cerita pasal latihan la,kawan kena rasuk hantu dlm hutan la,keliling satu Malaysia la, tido dgn babi la,jumpa ular jadian la, bunian la dan macam2 lg yg dia cerita kat aku. Banyak lg cerita pasal zaman askar dia cerita. Aku rasa sapa2 yg pernah jumpa bapak aku ni mesti pernah dia cerita pasal benda nih. Heheh! Layan je la kan...

Bapak aku ni jugak seorg peniaga kecil-kecilan. Dia jual tudung, kain pelikat, kain batik, baju kurung dan macam2 jenis kain lagi la. Tapi aku xberapa setuju sgt dgn harga yg ditawarkan oleh bapak aku kpd pelanggan. Harga memang sgt murah,untungnya sikit sgt. Tp nk buat mcm mana. Itu cara dia berniaga.. Kita ikut je la. Tapi yg xbestnya, almaklumlah, yb dtg beli org2 kampung. So, mestilah ada yg mintak hutang, boleh byr 2 3 kali.. Maka kesudahannya banyaklah hutang org kampung kat bapak aku ni... Dan yg menyedihkan dorg mcm buat dek je xnk byr hutang bapak aku.. Beribu jugak la.. Hmm..apakan daya, kitorg ni bukan CETI nk kutip hutang bawak parang.. So, sampai skrg la ada hutang yg tertunggak lg. Kesian kan??

Bapak aku pon dh xberniaga sampai sekarang, banyak lg kain pelikat,batik,tudung yg ada kat rumah tu..sape yg nk, amek je la.. Aku bagi..tp sanggup ke dtg Penang nk amek? Hehe...
Sampai sekarang umur dia dh 64 tahun dan telah banyak berkhidmat untuk keluarganya yg tercinta. Dan tibalah giliran anak sulung Pak Hassan ni untuk mengambil alih tempatnya untuk menyara keluarga aku.. Aku ni bukan org yg senang,kalau ada rezeki lebih tu, alhamdulillah la... Maka, sekarang ni bapak aku still kerja lagi dgn kerajaan, dia mmg suka bekerja dan sgt rajin. Aku juga bekerja untuk menampung sedikit beban bapak aku ni. Sekarang aku di Kuala Lumpur, keluarga aku di Penang. Dan jarang aku berjumpa dorg. Sedih tu mmg lumrah la. Tapi niat aku untuk mencari rezeki kt KL ni untuk tampung pendapatan keluarga aku dan aku sendiri.

Tapi, aku mesti berusaha gigih demi kejayaan aku dan keluarga aku. Aku nk bwk keluarga aku ke kehidupan yg senang. Xde la senang sgt, janji kehidupan yg lebih selesa dari sekarang. Aku ada buat bisnes menjual baju T-Shirt jenama aku sendiri. Tapi bukan aku sorg la yg buat. Aku buat dgn kawan2 aku. Nama brand aku ialah "I Eat Muffin".. So.. Aku ikut jejak langkah bapak aku iaitu berniaga. Aku harap bisnes aku ni berjalan lancar dan menuju satu tahap yg lebih selesa.
Bukan senang nk jadi bapak ni. Tanggungjawab mmg sgt besar. Kepada yg baru nk kahwin ataupun tgh berpikir nk kahwin tu, pikir2 dulu yer...kalau senang xpe..ni kalau yg bercelaru ni, harap lambatkanlah sikit masa tu..cari kehidupan selesa dulu baru kahwin..

Dan apa yg paling penting.. Aku sayang bapak aku sangat2!! Dialah pencetus segalanya untuk aku maju kehadapan. Dan aku sayang mak aku dan adik2 aku! Love them all so much!

SO..SAYANGI BAPAK DAN KELUARGA ANDA SEBELUM ANDA DISAYANGI ANAK ANDA